www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Monday, February 21, 2011

Jahatnya Kamu!!!...Luahan Hati : Kisah Percintaan Aku yang Sedih...

Hmm...dah lame aku tak tulis lam blog nii..Tetiba aku rs sedey..mahu saja di kongsi sama kalian semua...  
haha.. aku tak pernah tulis entry sedih lagi kan? selalunya lawak merapu, serius, fakta dan lain-lain kecuali sedih.. ni kali pertama aku nak buat entry sedih untuk korang semua.. sila jangan salah paham, bukannya aku suka tengok kawan-kawan atau pembaca semua sedih.. cuma kadang-kadang, memang kita perlu merasai perasaan sedih.. kalau takda perasaan sedih dalam jiwa ni, mungkin hati kita sudah mati.. sebab tu lah ada manusia yang berani buat kezaliman terhadap manusia lain.. sifat 'ihsan' tu sudah hilang dalam diri..

Hmm...knape semua ni harus blaku lam hidop aku??..dr dulu smpai skrg... Apakah ini semua salah aku sendiri??apakah aku tidak berhak utk merasa bhgia,wlau sdikit pun??..  Atau apakah ini balasan yg harus ku trima ats dosa2 ku yg lalu?? Ya Tuhan..tunjukkan aku jln yg benar...



Alam percintaan sememangnya indah dan mengasyikkan. Cinta boleh terjadi bila-bila masa. Cinta bukanlah sesuatu yang dicari, tetapi ianya datang dengan sendiri tanpa paksaan. Ia terjadi tidak memerlukan persetujuan diantara dua hati. Namun jika kedua-duannya saling menyayangi, bukankah ia lebih baik. 

Bukankah lebih baik jika kita dapat hidup dengan orang yang menyayangi diri kita. Kadang-kadang dalam percintaan, kita terpaksa berpura-pura dan tanpa disangka kita telah bermain dengan perasaan pasangan kita. Cinta tercipta dengan kejujuran dan keikhlasan, bukan dengan dendam dan kepura-puraan. Untuk bercinta, kita perlu ikhlas dan jujur dalam setiap perbuatan. Namun, akan ada halangan yang terpaksa ditempuhi hingga menyebabkan kita menipu hanya untuk mengambil hati pasangan kita.

Sekali pasangan kita terpedaya, tak mungkin kita akan kembali di hatinya. Ingatlah, Ikhlas itu resepi percintaan, jujur itu hiasan percintaan. Cinta... ia terlihat ketika lidah kelu melafazkan bicara, bibir terhenti dari berkata-kata, hanya mata yang berbicara... ia berbicara dengan malunya... ia melihat dengan hatinya... hati turut berbicara... ia berbicara dihujung pena... dan ia akan terus bersuara dan tidak akan terhenti dari berbicara untuk selama-lamanya... hingga akhirnya...

Kepada seorang jejaka yg bernama Z..,terima kasih di ats semua nya. Trima kasih kerana  menghilangkan diri tanpa berita dan sebabnya masih menjadi tanda tanya sehingga kini.. Aku kini sendiri lagi mencari ketenangan dan cuba sedaya upayaku untuk melupakan Z, seorang jejaka yang pernah kusayangi separuh nyawa. Semoga cinta ku yang akan datang akan membawa permulaan yang baru dan memberi aku kebahagiaan... tinggal lah Z dalam kenangan...


"Jadilah dirimu yang sebenar, jangan hidup dengan kepura-puraan..."

p/s : maaf jika ade yg terasa dgn kata2 ku ini...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...