www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Thursday, June 17, 2010

Aku Yang Bukan Fanatik Bola....

Haa....skrg kan musim bola..bola..bola..( 2010 FIFA World Cup). So, aku nk ckp tentang diriku yang tahu sgt sal bola ni....Utk musim kali ni, aku sokong Spain.....

Seronok. Betul tak tipu.

Aku seronok tengok bola.

Tak percaya? Betul.

Aku seronok tengok bola bila aku buat-buat aku fanatik untuk tak rasa bosan.

Aku seronok tengok bola bila aku buat-buat ambil berat tentang cara permainan mereka.

Aku seronok tengok bola bila ada pemain buat lawak (lawak pada aku ialah bila ada yang jatuh bergolek-golek dengan tiba-tiba tanpa disebabkan oleh sesiapa pahtu nak kecoh plak salahkan orang).

Aku seronok tengok bola bila aku main-main teka team mana yang akan score.(dengan confidentnya)

Aku seronok tengok bola bila camera focus kat pemain yang kacak....

Aku seronok tengok bola bila aku taknak orang lain pandang aku macam aku tak tahu apa-apa pasal bola walaupun memang tak. (hipokrit namanya)

Aku seronok tengok bola bila kebetulan aku pernah terambil tahu tentang seseorang pemain dan camera focus padanya lalu aku menyebut tentangnya dengan muka bangga.(konon-konon ambil tahu jugak pasal bola).

Aku seronok tengok bola bila ada hidangan depan mata.

Aku seronok tengok bola bila Baim Wong ada bersama. (gelak nak pecah perut...Pelakon Indon tuu..)

Aku seronok tengok bola.(berdusta).



Di sini aku dapat simpulkan bahawa aku, ARETIE SWEETDOLLY bukan fanatik bola. Hanya seorang hipokrit bola. Sekian terima kasih...

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu....Happy Mother's Day....(Norfiza bt Aziz)



Kepada semua ibu-ibu dan bakal-bakal ibu yang mengunjungi blog Tinta Hati, atie ucapkan Selamat Hari Ibu dan sesungguhnya kita bertuah dan amat beruntung menjadi orang yang mendapat kasih sayang ibu, tak kiralah ibu kandung, ibu angkat, ibu tiri, ibu saudara atau sebagainya...kasih sayang ibu tiada batasan dan tak pernah berakhir biarpun ke hujung nyawa...Sayangilah ibu dan rajin-rajinlah menatap wajahnya kerana memandang wajah kedua ibu dan bapa itu adalah besar rahmatnya...

SELAMAT HARI IBU BUAT NORFIZA AZIZ
Mother's day glitter
Tiada yang lebih berharga dalam hidup ini hanyalah pengorbanan ma yang telah bersusah payah mmbesarkanku..segala keperitan yang pernah ma harungi ketika membesarkanku tidak dapat ku bayar dengan apa jua bentuk sekalipun.
Ma....terima kasih di atas segalanya...
Selama 23 tahun ma membesarkanku selama itulah juga aku rasa cukup bahagia dan gembira ketika bersamamu
glitter image love myspace
Ketika aku dibelai
Kasih sayang mu terindah
Kau tersenyum bila melihat diri ini

Kini ku telah dewasa
Kasih dirimu tak berbelah bagi
Hanya pada diriku

Seharum bunga indah
Pelukanmu itu sayang
Bak awan biru melindungiku

Hanyalah kasihmu
Yang aku perlu
Tiada duanya untuk kubandingkan darimu

Hanyalah kasihmu.... oh ibu
Biarlah bersemadi dalam hati
Buat selamanya

Kau ternilai bagi diri
Kesungguhanmu mendewasakanku
Andai semua berubah akhirnya
Sinarmu hilang selamanya

 
"Untuk semua wanita,
yang selalu memiliki cinta kasih,
yang tak akan pernah habis untuk dibagi,
SELAMAT HARI IBU....."

Monday, April 19, 2010

masuk meminang??......

dan saya berterbangan ke selatan
ini hari berbual panjang sama mama
saya  menceritakan segalanya pada mama
tentang pilihan hidup tujuan hati dan sebagainya

"ma jangan terima lamaran dan pinangan sesiapa...ya?"
aku katakan begitu pada mama
aku sambung kembali
"atie tidak bersedia.hati ini terkatup kunci buat masa kini.."

ma diam dan menyetujui apa kemahuan aku.
Alhamdulillah ma memberi sokongan kepadaku

jika pinangan yang dimahukan untuk aku itu,
biarkanlah aku yang relakan dan aku setujukan
biarkan aku punyai kejujuran
bukan memburukkan silaturrahim
namun biar aku ucap cakap ikhlas
biar sahaja aku yang membuat pilihan
bukan nya ekspress yang entah siapa aku tidak kenalinya

hati aku
ini aku punya
ini pilihan aku

lagipun aku masih belajar
biarkan aku memilih siapa pilihan aku
sedang hati aku bertaut sama prince

dan.
biarlah pinangan yang akan di terima keluarga aku itu
sangat di puji oleh seluruh inci seorang aku
sangat dibenar oleh agamaku
sangat taat kepada Allah Taala

mahu aku katakan
biarlah aku tentukan
kerna yang akan menjadi seorang lelaki dalam hidupku itu,
biarlah si dia yang benar-benar layak menjadi syurga di bawah telapak kakinya
paling utama.

biarkan si dia yang boleh membimbing seorang aku
dan
aku belum bersedia untuk menerima apa-apa lamaran dan pinanagan

biarkan aku
biakan hati aku

aku mahu diam-diam

                                  diri ini :)

maap.
aku belum bersedia


otak saya masih gila-gila
mahu habis puas zaman remaja
dan biarkan sahaja tadir menentukan segalanya

P/S : terima kasih!

Sunday, April 18, 2010

Erti Sebuah Cinta



Dalam satu kisah percintaan yang
menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah.
Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik.
Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka



Isteri : Mengapa abang menyukai saya?

Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan
sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan
sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan
abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya
tetapi abang boleh buktikan bahawa abang
memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak!
Saya hendak abang terangkan kepada saya
sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain
yang mempunyai suami dan teman lelaki,
semuanya tahu menerangkan mengapa mereka
mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair
lagi. Namun begitu abang tidak boleh
terangkan sebabnya



Si suami menarik nafas panjang dan dia
berkata

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab
sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang
selalu. Abang juga sukakan senyuman
manis dan setiap tapak Sayang melangkah,
di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati
dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si
isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis
sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di
sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku
mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku
tidak boleh mencintai mu. Jika
disebabkan kasih sayang dan ingatan aku
mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku
tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu...
sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak
boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu....
sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak
mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!
Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada
sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh
dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."

Hati seorang wanita

Jika seorang wanita menangis
dihadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi..
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis..
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hayatmu..
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi
dirinya yg dulu....selamanya..
Seorang wanita tidak akan menangis dgn mudah,
Kecuali di depan org yg amat dia sayangi,
Dia menjadi lemah.

Lelaki...
jika seorg wanita menangis keranamu,
Tlg jangan mensia-siakannya,
Mgkn krn keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya....
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

Fikirkan....
Wanita mana lagikah yang akan menangis,
dgn murni..penuh kasih sayang,
Didepanmu dan keranamu..
Dia menangis bkn krn dia lemah,
Dia menangis bkn krn dia menginginkan simpati atau belas kasihan,
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam,
Tidaklah memungkinkan lagi..


Lelaki....
Fikirkanlah tentang hal itu....
Jika seorg wanita menangisi hatinya..
untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu..
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah,
kau lakukan untuknya..
Hanya kau yang tau jawapannya....
Fikirkanlah..
Kerana suatu hari nanti,
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk minta 'MAAF'.

Teka Teki Siot.....

Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?
Ha.Ha.Ape bende tu?! Kalau nak tahu, jawapan yg sebenarnye ialah air terjun..sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!

Banyak- banyak binatang...binatang apa keluar haid...
jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu...keluar HEAD....tak paham jugak.ala kepala le..

Dlm 1 pertunjukkan.. seorg ahli silap mata tlh memijak kaca dgn tpk kakinya.. ttp dia x mengalami kelukaan..lalu dia memijak paku yg brtaburan..dan x luka juga..apabila selesai persembahan dia jln
terhencut2 kerana terpijak tahi ayam...hehehe..... ok x ... lawak x...

Dlm bnyk2 binatang..... bntg ape yg bertelur dan beranak.....kira 2 alam la niiii..... ha jwp2.... ...siput babilaaaaa.....ye la siput bertelur...babi beranak....

Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai,
sungai apa yang paling berat?
Jawapannya ialah Sungai Besi...Ha...ha...ha...

Kereta dengan motor, mana lebih tua?
jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat...

Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?
jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin...
huruf TA dan YA laa... kan jadi TAYAR tu

kasut apa yang paling keras?
Kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa...muhahaha..lawak ka?

Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?
jawapannya ialah meter bas tulah

Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin ...ahhh sape dapat jawab????
jawapannya ialah...huruf i ngan u lerrr..hehehehehe.nih antara
pasangan bercinta lerrr ..hehehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...